Saturday, April 2, 2011

Setia terhadap perkara kecil

Hai, pembaca semua, sekali lagi kita berkongsi suatu perkara. . Sebenarnya kita tidak ada alat pengukur khas  untuk menentukan sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepada kita dikategorikan sebagai tanggungjawab kecil atau besar. Lazimnya, tanggungjawab yang kita fikirkan besar berkait rapat dengan keegoan kita, melibatkan ramai orang dan menaikkan prestasi kerjaya kita. Manakala tanggungjawab kecil sering kita kaitkan dengan tugas yang sedikit dan tidak melibatkan ramai orang.
Pernahkah pembaca semua berfikir bahawa tanggungjawab besar akan dipercayakan kepada kita kerana kita setia melakukan dan menunjukkan prestasi  yang baik  terhadap tanggungjawab yang kecil. Hakikatnya, kita lebih cenderung memilih tanggungjawab yang lebih besar dengan harapan mendapat sesuatu yang lebih baik.

Kita fikirkan sejenak, penentu ketepatan dan kelewatan kita hadir di tempat kerja adalah diri kita sendiri. Hal ini kecil, tidak melibatkan ramai orang untuk bertindak, tetapi kita sering lalai dan menganggap remeh perkara tersebut. Mari kita renungkan, adakah kita setia dalam perkara kecil, jika tidak senaraikan perkara kecil yang perlu dilakukan dengan setia, nescaya kita akan dipercayakan dengan tanggungjawab yang lebih besar tanpa meminta orang melakukannya untuk kita. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment