Friday, October 28, 2011

Percayalah..

Rakan fb menyatakan: DOSA adalah suatu PENGALAMAN ASING bagi setiap ORANG PERCAYA. Karena DOSA telah DIJAUHKAN dari BATIN & PIKIRAN ORANG PERCAYA yg mana mereka telah DIPINDAHKAN dari MAUT ke dalam HIDUP KEKAL.
ORANG PERCAYA TIDAK SELESA hidup didalam DOSA ; FIRMAN ALLAH dan PENGALAMAN ORANG PERCAYA bersaksi, ORANG PECAYA masih dapat berbuat DOSA tetapi TIDAK HIDUP didalam DOSA. Gbu

Monday, August 8, 2011

Renung sejenak ayat ini, "Orang yang mencintai pengetahuan suka ditegur ajar. Orang yang tidak mahu ditegur ajar itu bodoh. Amsal 12:1" .

Saturday, April 2, 2011

Setia terhadap perkara kecil

Hai, pembaca semua, sekali lagi kita berkongsi suatu perkara. . Sebenarnya kita tidak ada alat pengukur khas  untuk menentukan sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepada kita dikategorikan sebagai tanggungjawab kecil atau besar. Lazimnya, tanggungjawab yang kita fikirkan besar berkait rapat dengan keegoan kita, melibatkan ramai orang dan menaikkan prestasi kerjaya kita. Manakala tanggungjawab kecil sering kita kaitkan dengan tugas yang sedikit dan tidak melibatkan ramai orang.
Pernahkah pembaca semua berfikir bahawa tanggungjawab besar akan dipercayakan kepada kita kerana kita setia melakukan dan menunjukkan prestasi  yang baik  terhadap tanggungjawab yang kecil. Hakikatnya, kita lebih cenderung memilih tanggungjawab yang lebih besar dengan harapan mendapat sesuatu yang lebih baik.

Kita fikirkan sejenak, penentu ketepatan dan kelewatan kita hadir di tempat kerja adalah diri kita sendiri. Hal ini kecil, tidak melibatkan ramai orang untuk bertindak, tetapi kita sering lalai dan menganggap remeh perkara tersebut. Mari kita renungkan, adakah kita setia dalam perkara kecil, jika tidak senaraikan perkara kecil yang perlu dilakukan dengan setia, nescaya kita akan dipercayakan dengan tanggungjawab yang lebih besar tanpa meminta orang melakukannya untuk kita. Selamat mencuba.

Friday, November 26, 2010

Baru bermula

16 Nov 2010 .....
Permulaan sesuatu yang baru memerlukan pengorbanan dalam semua aspek terutamanya untuk keluarga kita . Perpindahan tempat bertugas merupakan hal yang biasa bagi kita yang bekerja makan gaji atau orang bilang kerja yang menurut perintah. Bagi saya, hal ini saya tidak lihat suatu yang terlalu sukar tetapi saya melihatnya sebagai satu peluang dan pengiktirafan terhadap kerjaya. Mungkin tempat yang baru semakin jauh atau dekat dengan tempat asal kita, tapi namanya tetap sama iaitu berpindah.

Sebenarnya kita hanya perlu berfikiran positif terhadap apa yang ada di hadapan kita. Saya sangat di dorong dengan ketua jabatan di tempat yang baru, di mana beliau mengatakan kita hanya perlu berfikiran positif terhadap semua perkara, maknanya bila kita diberikan tugas yang baru dan pengalaman tidak ada, itu bukan penghalang untuk kita mengatakan tidak, mengalah, tugas banyak lah dan sebagainya. Asalkan ada niat dan keinginan untuk belajar dan mencuba itulah langkah pertama kejayaan kita sebenarnya. Mungkin kita memerlukan seminggu, sebulan atau setahun untuk mempelajarinya, tak apa, apa yang penting kita melihat adanya peningkatan kualiti dalam tugas kita. Tetapi.. JANGAN.. kalau penyebab kerja satu hari tertunggak berminggu-minggu, bahaya, itu gulung tikar namanya... Sekian, sekadar perkongsian.